ISLAM SATU CARA HIDUP, HALAL BUKAN HANYA PADA MAKANAN
 













DASAR PRIVASI DUNYAHALAL.COM

Dunyahalal.com memandang serius privasi pihak kami dan anda. Sila baca kandungan seterusnya untuk memahami lebih lanjut tentang dasar privasi kami.

LIPUTAN DASAR PRIVASI DUNYAHALAL.COM

Dasar ini meliputi bagaimana Dunyahalal.com menjaga rapi maklumat peribadi yang  diambil dan diterima. Maklumat peribadi adalah maklumat tentang anda seperti nama, alamat, email, atau nombor telefon dan ia tidak didedahkan tanpa persetujuan anda. Dasar ini tidak digunakan bagi syarikat-syarikat yang tidak dimiliki dan dikawal oleh Dunyahalal.com atau individu yang tidak bekerja dan tidak diuruskan oleh Dunyahalal.com

PENGUMPULAN INFORMASI DAN PENGGUNAAN
 
• Dunyahalal.com mengumpul maklumat peribadi apabila anda mendaftar, apabila anda menggunakan produk Dunyahalal.com dan perkhidmatan-perkhidmatan, apabila anda melawat halaman Dunyahalal.com atau halaman sekutu Dunyahalal.com yang tertentu, dan apabila anda menyertai promosi istimewa. Dunyahalal.com mungkin menggabungkan maklumat tentang anda dengan  maklumat kami perolehi daripada rakan niaga atau syarikat-syarikat lain.
•    Apabila anda mendaftar, kami meminta maklumat seperti nama,  email, tarikh kelahiran, jantina, poskod, industri, dan info peribadi tertentu. Untuk beberapa produk dan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu, kami juga mungkin meminta alamat dan nombor telefon anda. Apabila anda mendaftar dengan Dunyahalal.com dan menggunakan perkhidmatan kami, maklumat anda bukan lagi rahsia bagi kami.
•    Dunyahalal.com mengumpul maklumat tentang transaksi-transaksi anda dengan kami dan juga sesetengah rakan niaga kami, ini  termasuk maklumat tentang penggunaan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
•    Dunyahalal.com boleh menggunakan maklumat anda untuk tujuan umum: Bagi keperluan tempahan pengiklanan itu dan kandungan yang akan dipaparkan, memenuhi permintaan anda untuk produk dan perkhidmatan, meningkatkan perkhidmatan kami, menghubungi anda, menjalankan penyelidikan, dan menyediakan laporan tanpa nama untuk pelanggan dalaman dan luar.

PERKONGSIAN MAKLUMAT

Dunyahalal.com tidak berkongsi maklumat peribadi tentang anda dengan individu luar atau syarikat-syarikat yang tidak bersekutu kecuali bagi tujuan penyediaan produk atau perkhidmatan yang diminta oleh pihak, maklumat-maklumat itu hanya akan diserahkan apabila mendapat kebenaran anda atau menepati syarat-syarat berikut:

•    Kami menyediakan maklumat kepada rakan niaga dipercayai  yang bekerja bagi pihak atau dengan Dunyahalal.com  di bawah perjanjian-perjanjian sulit. Syarikat-syarikat ini juga dibenarkan menggunakan maklumat peribadi anda bagi membantu Dunyahalal.com berinteraksi dengan anda mengenai tawaran-tawaran daripada Dunyahalal.com dan rakan pemasaran kami. Bagaimanapun, syarikat-syarikat ini tidak mempunyai sebarang hak bebas untuk berkongsi maklumat ini dengan pihak lain.
•    Kami juga percaya adalah perlu berkongsi maklumat bagi tujuan menyiasat, menghalang, atau mengambil tindakan mengenai aktiviti-aktiviti haram, penipuan yang disyaki, situasi-situasi melibatkan ancaman berpotensi untuk keselamatan fizikal mana-mana pihak, pencabulan syarat-syarat penggunaan Dunyahalal.com, atau kerana ia diperlukan oleh undang-undang.
•    Kami akan memindahkan informasi tentang anda jika Dunyahalal.com dimiliki atau bergabung dengan syarikat lain.
•    Pengiklan (termasuk iklan mengenai syarikat) boleh berinteraksi dengan pengguna  bagi mendapatkan pandangan, atau klik cadangan iklan-iklan tertentu yang mensasarkan kriteria - sebagai contoh, wanita berumur 18 24 daripada satu kawasan geografi tertentu.
•    Dunyahalal.com tidak memberi apa-apa maklumat peribadi untuk pengiklan apabila anda berinteraksi atau menonton sasuatu sasaran iklan. Bagaimanapun, dengan berinteraksi atau menonton satu iklan anda bersetuju memberi kebarangkalian untuk pengiklan membuat andaian bahawa mesej iklan tersebut berjaya disasarkan kepada anda. 
  
KEUPAYAAN MENYUNTING & MEMADAMKAN MAKLUMAT KEAHLIAN

Anda boleh menyunting profil keahlian Dunyahalal.com anda pada bila-bila masa.

Kategori baru dalam makluman pemasaran mungkin ditambah dalam halaman dari semasa ke semasa sebagai rujukan pemasaran. Pengguna yang melawat halaman ini juga boleh memilih sama ada untuk menerima makluman pemasaran akan datang daripada kategori baru  atau mereka boleh juga memilih untuk tidak melanggan dengan mengikuti arahan yang terdapat dalam mesej yang diterima.

Kami mempunyai hak bagi menghantar makluman tertentu berkaitan perkhidmatan Dunyahalal.com, seperti pengumuman perkhidmatan, mesej pentadbiran dan info Dunyahalal.com yang diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada akaun Dunyahalal.com anda.

Dunyahalal.com mempunyai hak untuk mengubahsuai, mengemaskini, dan mengubah dasar ini atas budi bicara kami pada bila-bila masa.