Kebelakangan ini, isu utama yang mengganggu masyarakat Muslim di rantau kita adalah kesahihan status halal sesuatu produk yang ada di pasaran. Produk-produk ini datang dari pelbagai kategori, seperti keperluan asasi, urusan ekonomi dan urusan sosial. Keraguan ini akan mempengaruhi kelancaran ibadah kita setiap hari. Atas kesedaran itulah maka laman web DunyaHalal.com ini dibangunkan.
DunyaHalal.com adalah sebuah laman web yang mempunyai matlamat untuk membekalkan segala maklumat dan pengetahuan berkaitan Islam di Internet. Kami menyediakan maklumat yang menyeluruh dari pelbagai aspek merangkumi kemudahan untuk golongan Muslim, produk perniagaan berasaskan syariah, maklumat pelancongan untuk golongan Muslim di seluruh dunia, pengetahuan umum dan juga isu semasa berkaitan dengan Islam dan penganutnya.
Visi Syarikat
Untuk memacu industri HALAL sebagai suatu kuasa ekonomi sejagat selain memanfaatkan kuasa beli umat Islam.
Objektif Syarikat
i. Untuk menyediakan sebuah ‘pusat khidmat setempat’ bagi memudahkan umat Islam mendapatkan produk dan perkhidmatan halal yang disahkan HALAL.
ii. Untuk memartabatkan pasaran halal sebagai suatu kuasa ekonomi yang menjurus kepada pengeluar produk dan pembekal perkhidmatan supaya mengeluarkan produk yang disahkan HALAL oleh pihak berkuasa yang diiktiraf.
iii. Untuk menyediakan satu medan niaga produk dan perkhidmatan HALAL kepada usahawan.
iv. Untuk membantu pengeluar produk dan pembekal perkhidmatan HALAL mempromosikan produk mereka.
v. Untuk membantu mempromosikan institusi HALAL antarabangsa bagi menggalakkan pengeluar dan pembekal mendapatkan sijil HALAL untuk produk dan perkhidmatan mereka.
vi. Untuk menyediakan satu ruangan dialog bagi para cendekiawan Islam dari seluruh pelusuk dunia dan berbagai disiplin ilmu untuk bermuzakarah bagi tujuan memperkukuhkan Iman.
vii. Untuk menyediakan pusat maklumat bagi memudahkan umat Islam dan bukan Islam dari seluruh pelusuk dunia mendapatkan info dan bimbingan mengenai pendidikan, kesihatan, kewangan, ekonomi, ibadah dan lain-lain mengikut Islam.
viii. Untuk menjadi agensi pengiktiraf (pemberi anugerah) kepada :-
• Institusi Pensijilan Halal
• Pengeluar Produk Halal
• Pembekal Perkhidmatan Halal
• Persatuan Pengguna Islam
• Persatuan Pedagang Islam
• Individu/Institusi yang menyumbang ke arah kemajuan dan kemakmuran umat Islam
Produk utama syarikat adalah sebuah portal web HALAL di Internet. Produk ini dibangunkan atas jenama DunyaHalal.com. Selaras dengan ungkapan 'HANYA YANG HALAL' yang menjadi slogannya, portal web ini hanya mengandungi produk dan perkhidmatan yang diiktiraf halal atau daripada pengusaha berstatus halal.
Antara kandungan portal web dunyahalal.com adalah :
* Direktori
* Pelancongan
* Panduan Ibadat
* Kesihatan
* Kecantikan
* Kewangan
* Pendidikan
* Dekorasi
* Aksesori
* Komunikasi
* Logistik
* Keluarga
* Ruang niaga untuk pedagang
* Ruang jual beli untuk pengguna
* Permainan dalam talian
* Peraduan
* Iklaneka
* Diskaun
* Info